Thursday, July 2, 2009

Gunung Everest


Everest dari Kala Patthar di Nepal
Ketinggian 8,848 metres (29,029 ka)[1]
Berkedudukan ke-1
Lokasi Nepal
Tibet, China[2]
Banjaran Mahalangur Himal, Himalaya
Kejelasan 8,848 m (29,029 ka)
Koordinat 27°59′17″N, 86°55′31″ECoordinates: 27°59′17″N, 86°55′31″E[3]
Pendakian pertama 29 Mei, 1953
Edmund Hillary
Tenzing Norgay
Laluan paling mudah South Col (Nepal)
Gunung Everest merupakan gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian setinggi 8850 meter. Gunung Everest terletak di banjaran gunung Himalaya. Everest adalah gunung tertinggi di bumi (diukur dari paras laut). Rabung kemuncak gunung menandakan sempadan antara Nepal dan Tibet. Di Nepali gunung tersebut dikenali sebagai Sagarmatha (Sanskrit untuk "dahi langit") dan di Tibetan Chomolangma atau Qomolangma ("ibu alam"), yang diambil dari nama Cina 珠穆朗玛峰 (pinyin: Zhūmùlǎngmǎ Fēng). Walaupun ia dinamakan Everest oleh Sir Andrew Waugh, jeneral peninjau British di India, sebagai penghormatan kepada yang sebelumnya Sir George Everest, sebutan popular Everest (Ev-er-est) berbeza dangan sebutan Sir George mengenai nama akhirnya (Eve-rest).

Ukuran
Radhanath Sikdar, juru ukur dan pakar matematik dari Bengal, merupakan orang yang pertama mengenal pasti Everest sebagai kemuncak tertinggi melalui kiraan trigonometri, pada 1852. Sesetengah rakyat India percaya bahawa puncak tersebut sepatutnya dinamakan menurut Sikdar, bukannya Everest.

Gunung ini dianggarkan 1 E3 m|8,850 m (29,035 kaki; hampir 5.5 batu) tinggi, walaupun terdapat variasi daripada segi ukuran (kerajaan Nepal tidak mengesahkan ukuran ini secara rasmi, ketinggian Everest masih dianggap 8,848 m). Ia pertama kali diukur pada tahun 1856 sebagai mempunyai ketinggian 29,000 kaki, tetapi diistiharkan sebagai 29,002 kaki tinggi. Tambahan secara rawak2 kaki menunjukkan perasaan masa itu bahawa ketinggian tepat 29,000 kaki akan dianggap sebagai anggaran yang dibulatkan. Masa kini anggaran umum yang diterima pakai adalah 8,850 m yang diperolehi melalui bacaan Sistem Kedudukan Sejagat Global Positioning System -GPS. Everest masih meningkat akibat pergerakan plat tektonik kawasan tersebut; bagaimanapun, kesan itu hanya ketara pada skala masa geologi.


Secara tepat, Everest adalah gunung yang kemuncaknya mencapai jarak paling luas di atas paras laut. Dua gunung lain yang kadang-kala didakwa sebagai "gunung tertinggi di dunia"ialah Mauna Loa di Hawaii adalah paling tertinggi apabila diukur dari dasarnya pada dasar tengah laut, tetapi hanya mencapai ketinggian 4,170 m (13,680 kaki) atas paras laut dan kemuncak Gunung Chimborazo di Ecuador adalah 2,150 m lebih dari pusat bumi berbanding Everest, kerana Bumi agak berisi dikawasan Khatulistiwa. Bagaimanapun, Chimborazo hanya mencapai ketinggian 6,272 m atas paras laut, yang menurut kriteria bukan juga kemuncak tertinggi di Andes.

Lebih menarik, dasar terdalam di lautan adalah lebih dalam berbanding ketinggian Everest: Challenger Deep, terletak di Parit Mariana, begitu dalam sehinggakan sekiranya gunung Everest diletakkan di dalamnya, masih terdapat hampir satu batu air menutupinya.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

No comments: